Monday, 26 November 2018

Perkahwinan Bukan Lagi Dongenan

Assalamualaikum...
Like seriously, bertahunan tinggalkan dunia blog.. I miss my blog so muchh.. Yeahhh, bila dah bertahun ta mengarang.. Tetibe rasa nak tampal kenangan percintaan bersama si dia yg bergelar Encik Suami...

Yes, publish post terakhir aku mengenai dia.. Dia Muhammad Zahari Salleh yg berjaya membuka hati aku setelah aku patah hati remuk dek masa mengharapkan cinta yg lain... Ceyhh...

Zaman percintaan aku dan dia yg bergelar suami aku kini is my Bff since form 1... Kitorang start contact around 2016 di muka buku.. Jumpa couple dan bercinta cam biasa dalam tambah tolak bahagi dalam masa 7bulan... Dalam masa 7 bulan yeah aku bahagia tersangat bahagia.. Tipu kalau cakap ta de gadow manja... Tapi aku sangat bahagia.. Bercinta 7 bulan dan dia ambil keputusan nak ikat tali pertunangan.. Dia hantar wakil merisik then after seminggu kitorang tunang... Tunang ni la fasa banyak nak mati dugaan.. Tapi berkat sabar sabar dan sabar setahun lebey berlalu ngan gitu jer.. Gadow baik gadow baik... Sampai masa nak edarkan kad jemputan perkahwinan.. Serba serbi simple buat persiapan ala kadar but seriously penat.. Dengan aku kerja cuti sehari seminggu.. Ngan sakit ta kira masa.. Cuti emergency bersepahh.. Dengan nak siapkan persiapan kawen dlm bln puasa sebab majlis lepas raya... Banyak naooo dugaan and cabaran and antara paling aku ta kan lupa sampai bila-bila is....2minggu sebelum akad nikah aku dapat text from unknown number.. Bagi salam bagai mengaku dia dah terlanjur ngan tunang aku.. Perghhh, gelap ase dunia masa tu memang aku tataw nak buat apa tataw nak caye sape.. Tapi aku yakin yg tunang aku ta kan berani dua kan aku that time.. Aku bagi ruang kat diri sendiri and dia... Aku dengar penjelasan dia.. Yeahh aku rasa kenapa aku nak percaya kat orang yang aku ta kenal... Sedangkan aku kenal lama tunang aku tu.. Then aku anggap benda tu just ujian dalam pertunangan la bagi aku... Even ad je ujian² lain tapi, yg ni I think paling berat untuk aku pikul sendiri... 

Pejam celik pejam celik 19 june 2018 aku dan dia disatukan dengan akad yg ditunggu² setelah 2tahun bersulam cinta.. Yeahh, aku sayang dia seadanya.. Even aku ta mbik masa bercinta lama tp aku akhiri hubungan aku dan dia dengan perkahwinan yg selama ini aku tertanya² siapa jodoh aku and sebagai nya.. Ternyata jodoh aku berdiri tegap depan mata since 2005 lagi.. Believe or not yeahh he's my husband now.. Sebulan hidup pjj dengan suami aku ambil keputusan untuk berhenti kerja and jadi suri rumah sepenuh masa.. 

Yess, agak kekok for da 1st time tinggal serumah ngan lelaki bergelar suami.. Hehe.. For da 1st time after aku tinggal sebumbung ngan dia.. Opkos la seorang suami inginkan keselesaan untuk seorang isteri.. Dari rumah bujang yg kosong dia penuhi dengan dapur, peti, tv and mesin basuh.. Peralatan barang dapur aku dan dia penuhi sedikit demi sedikit.. Yes, rezeki lepas kawen is lain macam... Then, bila da ad dapur benda pertama aku buat is google resepi maklum la sebelum kawen ta pernah masuk dapur.. Hahaha.. Tapi, bila da jadi suri rumah sepenuh masa aku rasa cam nak happykan suami aku dan perutnya.. Dari kosong aku belajar semua melalui google.. Now, sebut je nak makan apa aku da boleh masak.. Aku mbik masa dua minggu nak khatam ilmu masak memasak.. Sekarang, suami just order aku siapkan.. Tomyam.. Sayur campur.. Sayur goreng.. Sup.. Paprik.. Kari.. Mee hailam.. mee goreng.. mee sup... Semua resepi dalam kepala.. Kalau dulu terkial² jugak la rasa nya... Hahaha.. Selamat datang dunia baru buat aku.. And now 5 bulan suda bergelar isteri..

Soal cahaya mata? Yeap, family memang selalu tanya.. Tapi belum ad rezeki.. Memandangkan aku selalu makan pain killer mungkin disebabkan ubat yg aku telan sebelum ini buatkan aku belum mendapat cahaya mata.. Mungkin.. Tapi, suami ta pernah merungut or apa stakat ni.. If ad rezeki and dia mampu untuk mencari seorang isteri yang lain like seriously aku redha.. But, dia setia dan sentiasa cuba membahagiakan aku.. Terima kasih suami kerana hadir dan sanggup berkongsi hidup bersama.. Terima kasih juga sentiasa memenuhi keinginan seorang isteri dalam soal semua benda.. Kalau orang luar tengok kami bergurau kasar cakap kasar tapi bagi kami itu semua kebahagiaan.. Hanya kami yg rasa.. 

Popular Post